Kelas Ict Dan Pengenalan Asas Komputer Internet & Ms Office Pelajar UPSR
29 November 2015 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar UPSR menyertai program-program ICT di samping mengisi masa lapang pada musim cuti persekolahan. Tujuannya adalah mendidik dan melatih pelajar agar mahir menggunakan microsoft office dan internet supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan tentang ICT.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 20/11/2015 – 28/11/2015
Sesi 1 : 20/11/2015
Sesi 2 : 21/11/2015
Sesi 3 : 27/11/2015
Sesi 4 : 28/11/2015
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari / Jumaat & Sabtu
Tempat : PI Gunung Hilir (Bilik Training)
Anjuran : Kelas ini di anjurkan oleh PI Gunung Hilir
Tujuan: Program diadakan:
• Memberi pendedahan tentang asas komputer dan penggunaan microsoft office 2013 agar dapat membantu dan memudahkan pelajar untuk menyiapkan tugasan sekolah.
• Untuk menggalakkan pelajar mengisi masa yang terluang pada cuti persekolahan dengan mempelajari kemahiran asas komputer.
• Penerangan mengenai asas komputer, internet dan microsoft office 2013 dalam kegunaan harian pelajar.
• Menjadikan PI sebagai tempat menuntut ilmu dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
1) Pengenalan asas komputer, internet dan microsoft office 2013
• Peserta diberi tunjuk ajar mengenai asas komputer seperti internet dan microsoft office 2013
• Pendedahan mengenai pencarian maklumat melalui internet.
• Penerangan mengenai cara menggunakan microsoft office 2013.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: